Home » , » Pemeriksaan Kesihatan - Tekanan Darah

Pemeriksaan Kesihatan - Tekanan Darah

Written By Penyelia Web on Thursday, 11 July 2013 | 21:51

Ramai yang tidak mengambil peduli apabila tekanan darah mereka rendah kerana yang mereka takutkan hanyalah pada tekanan Darah Tinggi. Sama ada tinggi (Hipertesi) atau rendah (hipotensi) tekanan darah seseorang itu, kedua-duanya masih boleh mendatangkan kemudaratan.

Jika tekanan darah rendah, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif menyebabkan darah tidak sampai ke otak dengan cukup. Apabila otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi, seseorang itu akan merasa pening, melayang dan hendak pitam terutama apabila dia bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan ('orthostatic hypotension' atau ia juga dikenali sebagai 'postural hypotension').

Tekanan darah dikawal oleh sistem tersendiri yang membabitkan kawalan utama di otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah. Kawalan ini akan mengstabil aliran darah yang berpatutan ke organ badan( jadual). Ada orang yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan tidak mengalami masalah kerana ini adalah keadaan normal untuknya. Yang bahayanya ialah bila ia berada di Pra-Hipertensi bagi orang lain yang mungkin menjadikan dia sebagai seorang pengidap sakit darah tinggi. Oleh itu adalah penting bagi seseorang mengetahui status tekanan darahnya.

Penyebab tekanan darah yang rendah:
  • Kekurangan jumlah darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika pembedahan, 
  • Dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam tinggi. 
  • Kadar degupan jantung yang rendah atau terlalu cepat, otot-otot jantung yang lemah juga boleh menurunkan tekanan darah.
Tanda awal pengidap penyakit tekanan darah rendah:
  • cepat lelah, 
  • pening kepala ketika posisi badan berubah, 
  • sukar untuk berkonsentrasi, 
  • mata berkunang-kunang, 
  • mual, 
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap, 
  • pernafasan cepat dan pendek, 
  • defresi, dan 
  • cepat haus

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu usia, aktiviti seharian, perasaan, ubatan, pendarahan, infeks dan saiz pembuluh darah yang tidak sesuai dengan badan.

Hypertensi atau tekanan darah tinggi  adalah keadaan biasa yang akan menyerang sesiapa di usia yang semakin meningkat. Tekanan darah adalah tolakan darah menolak ke arah dinding salur darah anda. Bila ia terlalu tinggi, ianya akan meningkatkan tugas jantung dan boleh mengakibatkan kerosakan teruk pada salur darah. Pada jangka masa panjang, hipertensi yang tidak dikawal akan menyebabkan risiko penyakit jantung, stroke dan sakit buah pinggang.


Tekanan Darah
Status
Catitan
Systolic Diastolic
120
80
Normal
121139 8190 Pra-Hipertensi Berpotensi untuk mengidap Tekanan Darah Tinggi
140
90
Hipertensi Anda adalah pengindap Tekanan Darah Tinggi
180 110 Krisis Hipertensi Zon bahaya yang boleh membawa maut

Share this article :

0 comments:

Post a Comment