Home » , » Terapi Kesihatan - Reflexsology & Accupressure

Terapi Kesihatan - Reflexsology & Accupressure

Written By Penyelia Web on Thursday, 11 July 2013 | 15:01

Reflexsology merupakan teknik tidak balas badan ke atas urutan yang dilakukan bersesuaian dengan namanya. Refleksology bukan untuk mengubat penyakit, bukan untuk membenamkan penyakit tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul yang menjadi punca kesakitan.

Teknik ini diperakui memberi kesan positif terhadap pemulihan sistem badan. Ia juga mampu meredakan ketegangan yang membawa kepada rasa lenguh dan letih. Ianya sangat sesuai terutama kepada mereka yang ingin memanjakan diri setelah penat bekerja atau untuk menghilangkan rasa stress.

Dalam perubatan reflexsology, ada yang mempercayai bahawa terdapat satu "tenaga penting" yang mengalir di antara organ-organ di dalam badan manusia yang bertindak menembusi setiap sel hidup. Apabila tenaga ini tersekat dan tersumbat, kawasan di sekitarnya akan terganggu. Oleh itu manusia mula mempelajari titik refleks untuk menyuraikan struktur kristal yang berkumpul di situ supaya tenaga yang tersekat dapat disalirkan ke urat saraf. Dengan cara ini, kesakitan organ dalaman dapat dilegakan atau disembuhkan secara semulajadi oleh tubuh manusia itu sendiri.


Rawatan reflexsology juga dikatakan merangsang Sensor Receptor yang terdapat pada urat-urat saraf kaki. Ini dapat menghasilkan tenaga yang mengalir dengan cepat ke tulang belakang, di mana ia akan disebarkan ke seluruh sistem saraf.

Tekanan pada hujung-hujung saraf dapat menghasilkan tenaga yang seterusnya akan menghantar mesej dalam bentuk tenaga elektrik ke seluruh tubuh badan. Persamaan dengan Spacetime Technology yang dipelopori oleh ECPI ialah kewujudan tenaga elektron yang diperlukan dalam badan manusia.

Reflexsology membabitkan urutan ke atas lebih 60 titik utama yang terdapat pada tapak kaki seseorang yang merupakan sumber utama mengesan penyakit. Namun begitu, terdapat juga titik-titik lain di tapak tangan dan seluruh badan. Semua titik tersebut mempunyai hubungan dengan organ utama di dalam tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak. Apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia?

Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki dan membentuk kristal. Jadi, apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan. Apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan. Bagi mereka yang melakukan reflexolygy juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing.

Accupressure pula lebih merujuk kepada teknik akupuntur. Sekiranya di dalam teknik akupuntur biasa, jarum akan digunakan untuk dicucuk pada titik-titik berkenaan tetapi dengan adanya sistem elektronik, pesakit tidak lagi diperlakukan begitu. Alat accupressure tersebut akan diletakkan di titik-titik tertentu untuk mengalirkan satu gelombang elektronik dan mengejutkan saraf-saraf yang tersekat. Teknik ini adalah lebih selamat kerana tiada jarum yang melekat pada tubuh badan yang boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya pesakit bergerak atau tersinggung oleh sesuatu secara tidak disengajakan.

Di ECPI Slimming And Healthcentre, kami menggabungkan teknik reflexsologi dan accupressure untuk mendapatkan kesan yang maksimum dan berkesan. Ini bermakna kami menggunakan teknik urutan dan akupuntur moden.


Di antara sakit yang boleh diredakan melalui refleksologi ialah seperti berikut:
  1. Sakit tengkuk dan belakang
  2. Masaalah tidur tidak nyenyak yang mengakibatkan kelesuan.
  3. Organ Reproduksi, Haid Tidak Teratur, Senggugut, keputihan, gatal-gatal, berbau, sakit bawah peranakan dan lain-lain masaalah sakit puan.
  4. Sakit Buah Zakar, Lemah Syahwat untuk lelaki
  5. Darah Tinggi, Batu Karang, Susah Kencing, Susah Kencing
  6. Sakit Tulang, Sakit Sendi
  7. Sakit Mata & Telinga
  8. Sistem Pernafasan, Sesak, Batuk
  9. Kulit
  10. Sakit Gigi 
Rujukan tambahan:
Share this article :

0 comments:

Post a Comment